Kuala Lumpur : Penganjuran All Star Influencers Award (ASIA) 2026 semakin hangat apabila lebih 120 pempengaruh (influencers) dari 20 negara tampil memberikan komitmen tinggi menerusi kandungan digital yang lebih kreatif, berkualiti, dan berimpak tinggi.

Menurut Pengasas ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan, peningkatan mutu video serta penglibatan peserta baharu bersaing bersama pempengaruh berpengalaman menjadikan proses penilaian bagi 13 kategori yang dipertandingkan semakin mencabar.

"Persaingan tahun ini memang lebih sengit. Peningkatan kualiti video dan komitmen yang ditunjukkan sangat bagus, sekali gus menjadikan tugas menentukan pemenang bagi setiap kategori bukan sesuatu yang mudah," katanya.