Peguam bela memberitahu Mahkamah Seysen bahawa tertuduh Noor Iskandar Aziz kini bekerja sebagai pemandu p-panggilan untuk menyara keluarganya dan merayu anak guamnya hanya dikenakan denda.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai bank didenda RM36,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan gagal melaporkan penerimaan rasuah berjumlah lebih RM80,000 berkaitan permohonan pembiayaan peribadi.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Iskandar Aziz, 45, dan memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Noor Iskandar didakwa menerima enam rasuah berjumlah RM80,119 melalui pindahan wang ke akaunnya dan akaun isterinya antara 5 Okt 2021 dan 11 Mei 2023.