PUTRAJAYA: Kerajaan tidak boleh merampas keseluruhan wang dalam akaun bank hanya kerana sebahagian daripada wang itu dikaitkan dengan kegiatan jenayah, kata Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim membenarkan sebahagian rayuan LWC Good Service Sdn Bhd terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang merampas RM1.36 juta daripada dua akaun bank miliknya di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Rayuan itu didengar Hakim K Muniandy, Azman Abdullah dan Dean Wayne Daly.








/file/attachments/orphans/adasasdasd_389088.png)