KUALA LUMPUR: Undang Yang Empat termasuk tiga yang dipertikai menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman membenarkan permohonan itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan setiap pemohon membayar kos RM10,000 kepada setiap daripada empat pencelah yang dicadangkan iaitu Undang Sungei Ujong, Faris Johari dan Undang Rembau, Hassan Ab Hamid; Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta setiausahanya Raja Norazli Raja Nordin.










