KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Melaka kekal dengan pendirian untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 tanpa kerjasama dengan BERSATU atau gabungan lain.

Pengerusi DAP Melaka merangkap Timbalan Pengerusi PH negeri, Khoo Poay Tiong, berkata pendirian itu sudah diputuskan di peringkat negeri dan akan dimaklumkan kepada pimpinan pusat.

Tegasnya, sebarang 'bantahan' oleh pimpinan parti komponen dilihat hanya pandangan peribadi kerana pendirian bertanding solo sudah dipersetujui PKR, DAP dan AMANAH di peringkat negeri.

"Tiada kerjasama, kita sudah capai kata putus di mana tiga parti (PKR, DAP, AMANAH) setuju (PH) bertanding solo. Kita akan terangkan pendirian PH Melaka kepada pusat untuk mendapatkan maklum balas.