PETALING JAYA: Bersatu Melaka nekad mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka lalu, iaitu DUN Bemban dan Sungai Udang.
Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim, berkata dua kerusi terbabit dimenangi Bersatu atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu, sebelum Adunnya menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
“Bemban dan Sungai Udang, saya yakin parti akan kekal bertanding,” katanya kepada FMT.
Hishamuddin berkata Bersatu dijangka bertanding sehingga 10 kerusi DUN, termasuk jika bekerjasama dengan mana-mana gabungan.






