MARANG - Pas kekal dengan pendirian menolak Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selain terbuka untuk mempertimbangkan pelbagai bentuk kerjasama demi memastikan kemenangan kepimpinan Melayu Islam di negeri itu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, biarpun tarikh rasmi pembubaran atau hari pengundian belum diumumkan secara rasmi, jentera parti dan kepimpinan peringkat pusat kini masih giat meneruskan proses perundingan kerusi secara muafakat."Yang penting, Melaka ini ialah pimpinan Melayu Islam, pimpin negeri Melaka. Kita tolak Pakatan Harapan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa Rabu, 23 September 2026 bagi memberi laluan kepada PRN.Mengulas mengenai status agihan kerusi, Abdul Hadi memberi jaminan bahawa isu perebutan kerusi tidak akan menjadi masalah besar kerana ia sedang diselesaikan menerusi rundingan secara harmoni.Ditanya sasaran kerusi yang akan ditandingi Pas, beliau menjelaskan keputusan mengenainya masih belum dimuktamadkan memandangkan perbincangan bersama rakan sekutu masih berjalan.Sementara itu, mengulas mengenai pendirian Pas sekiranya kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) diteruskan di tengah-tengah kekangan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN), katanya, parti itu bersedia menggunakan logo 'bulan' dalam pilihan raya tersebut.Tambah Abdul Hadi, langkah itu dilihat sebagai pilihan yang amat wajar dan tidak berdepan sebarang halangan besar."Logo Pas pun boleh guna, tak ada masalah," jelas beliau ringkas sambil menambah perkara terbabit masih diteliti.Isu mengenai penggunaan logo PN timbul susulan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan PN melalui perintah dikeluarkan mengikut subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) pada 24 September lalu.Keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai tindakan pimpinan BN negeri yang didakwa masih 'tarik tali' berhubung hala tuju kerjasama politik, Ahli Parlimen Marang itu menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada kebijaksanaan pihak terbabit.Namun, beliau mendakwa sentimen akar umbi dan kebanyakan penyokong di pihak Barisan Nasional secara peribadi menunjukkan isyarat positif terhadap usaha penyatuan dan kerjasama dengan Pas demi mencapai matlamat utama pilihan raya."Memang saya dapati kebanyakan (penyokong) Barisan Nasional setuju dengan kerjasama bersama Pas... kalau BN nak minta kerjasama itu, kita setuju lah, semuanya melalui perbincangan," ujarnya.
PRN Melaka: Pas kekal agenda tolak PH, sedia guna logo 'bulan'

Key takeaways
Pas remains opposed to Pakatan Harapan in Melaka state election, but open to cooperation to ensure Malay Islamic leadership in the state.
- Pas president Abdul Hadi Awang says Melaka is a Malay Islamic leadership state and will reject Pakatan Harapan.
- Abdul Hadi says the party is open to cooperation with other parties to achieve their goals.
- Pas is considering using the 'moon' logo in the Melaka state election.
- The party is in talks with its allies to finalize its seat allocation for the election.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Di belakang tabir sudah ada formula, kata penganalisis
- Sinar Harian PRN Melaka: Pas kekal agenda tolak PH, sedia guna logo 'bulan' (this story)
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- New Straits Times Melaka Bersatu wants cooperation talks with PH to be finalised soon

