PH dan BN menggunakan kenyataan 'rundingan masih terbuka' sebagai strategi mendapatkan kelebihan dalam perundingan pakatan politik PRN Melaka, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sudah ada formula di belakang tabir di tengah-tengah ketidaktentuan mencapai kerjasama menjelang PRN Melaka, kata penganalisis.

Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, berkemungkinan PH dan BN melihat persaingan di Melaka sengit dan sukar dibaca.

Syaza Shukri.
Syaza Shukri.

"Kedua, mungkin semua pihak menggunakan kenyataan bahawa rundingan masih 'terbuka' sebagai 'leverage' dalam rundingan.