Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin mempengerusikan mesyuarat biro politik parti itu yang bersidang petang tadi.

PETALING JAYA: Bersatu mengesahkan akan menyertai PRN Melaka dengan komponen Perikatan Nasional (PN) itu bertanding menggunakan logo sendiri.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata parti itu juga sedia membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama bagi berdepan pilihan raya berkenaan.

Katanya, Bersatu juga akan memuktamadkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya itu dalam masa terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat biro politik yang bersidang petang tadi dan dipengerusikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin.