am@hmetro.com
Sandakan: Wanita yang juga pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri, di sini, ditahan kerana disyaki mengemukakan dua dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM15,000.
Individu berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan, semalam.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, dokumen itu berkaitan perbelanjaan sempena lawatan kerja pegawai kanan sebuah kementerian.
"Suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 dan 2024. Dia akan dituduh di Mahkamah Sesyen Rasuah Sandakan esok," katanya.










