MELAKA: Suri rumah dihukum penjara 12 bulan dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah menyamar pengarah kanan Jabatan Imigresen.
Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata wanita berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, semalam.
Menurut beliau, wanita tempatan itu didapati memiliki dokumen mengikut Akta Imigresen 1959/63 yang sudah dipalsukan.
"Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara selama 12 bulan berkuat kuasa tarikh ditangkap, selain dikenakan denda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Anirwan, tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding pendakwaan yang dijalankan Imigresen Melaka.









