MELAKA - Seorang suri rumah yang sebelum ini ditahan kerana menyamar sebagai pengarah kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, Isnin lalu.Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, wanita berusia 51 tahun itu mengaku bersalah selepas didakwa di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana dipercayai dengan munasabah memiliki dokumen di bawah akta berkenaan yang telah dipalsukan.Menurutnya, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Kamarul Aris Kamalluddin."Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh tangkapan selain denda RM8,000."Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan," katanya.Sinar Harian melaporkan, kegiatan penyamaran wanita itu terbongkar selepas ditahan dalam Op Serkap ketika menjalankan kegiatan berkenaan di sebuah kafe di Taman Malim Jaya di sini, 29 September lalu.Ibu lima anak itu percayai menyamar sebagai pegawai kanan imigresen dan menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan pas kerja warga asing tanpa mereka perlu hadir ke pejabat imigresen.Dalam serbuan itu, JIM merampas sebuah kereta Honda Civic, tiga telefon bimbit, sepasang pakaian seragam hitam bersama aksesori, sepasang tanda pangkat pegawai kanan imigresen, 'collar badge' JIM, lencana integriti, tanda nama, lanyard perkhidmatan, lencana Setia Berjasa dan sepasang kasut kerja berwarna hitam.Anirwan berkata, JIM Melaka memandang serius sebarang cubaan menyamar sebagai pegawai imigresen atau memalsukan dokumen berkaitan perkhidmatan imigresen.Katanya, perbuatan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengelirukan dan menjejaskan keyakinan orang awam terhadap integriti serta kewibawaan JIM."Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai JIM."Sebarang urusan berkaitan perkhidmatan imigresen hendaklah dibuat melalui saluran rasmi atau hadir sendiri ke pejabat JIM berhampiran," katanya.
Suri rumah menyamar pengarah kanan imigresen dipenjara 12 bulan, denda RM8,000
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Suri rumah didakwa bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan psikitri
- Free Malaysia Today Suri rumah didakwa bunuh ibu
- Sinar Harian Suri rumah menyamar pengarah kanan imigresen dipenjara 12 bulan, denda RM8,000 (this story)








