PUTRAJAYA - Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Oktober ini dan berterusan hingga penghujung Oktober, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lepas.Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata, semasa fasa berkenaan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir."Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak."Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya.Beliau berkata, dengan berakhirnya musim Monsun Barat Daya, kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran dijangka beransur-ansur berkurangan berikutan perubahan arah pergerakan angin.Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan serta sentiasa peka terhadap ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.- Bernama
Fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober - MetMalaysia

Key takeaways
Fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober dan berterusan hingga akhir bulan, dengan hujan lebat dan kilat yang mungkin berlaku.
- Fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober dan berterusan hingga akhir Oktober.
- Hujan lebat, kilat, dan angin kencang mungkin berlaku pada waktu petang dan awal malam.
- Orang ramai dinasihatkan waspada dan ikuti amaran cuaca dari MetMalaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Fasa peralihan monsun dijangka 9 Okt
- Sinar Harian Fasa peralihan monsun bermula 9 Oktober - MetMalaysia (this story)









