Fasa peralihan monsun lazimnya bawa hujan lebat dan kilat beserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam, menurut MetMalaysia

PUTRAJAYA: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Okt ini dan berterusan hingga penghujung Oktober, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Anip berkata, semasa fasa itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

"Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.