KUALA KRAI: Mahkamah Majistret mendenda seorang penjual ikan RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengintai seorang wanita yang juga isteri jirannya, bulan lalu.
Majistret Rais Imran Hamid turut memerintahkan Tuan Ahmad Farid Tuan Mat, 36, dipenjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Lelaki itu didakwa menghendap mangsa berusia 26 tahun ketika sedang mandi, di sebuah rumah di Jalan Halimah Guchil di sini, kira-kira 11.30 pagi pada 28 Sept dan perbuatan itu dilakukan dengan niat atau mengetahui ia menyebabkan mangsa mengalami ketakutan, kerisauan atau bimbang akan keselamatan diri.






/file/attachments/orphans/AntennaEntertainments22_325293.png)