Saya merujuk tulisan Tajuddin Rasdi bertajuk 'Teori kenapa orang Melayu terima pemimpin perasuah' diterbitkan pada 5 Okt.

Saya sangat marah dengan teori itu. Hujah penulis yang mendakwa orang Melayu menerima rasuah bukan sahaja lemah, malah tidak adil kerana mengetepikan banyak peristiwa penting dalam sejarah. Mari kita lihat semula apa yang berlaku.

Antara 2014 hingga 2018, persepsi terhadap rasuah berada pada tahap kemuncak susulan skandal 1MDB. Apa yang berlaku selepas itu? Umno-Barisan Nasional (BN) ditolak secara besar-besaran oleh rakyat selepas memerintah negara selama 60 tahun.

Pada 2022 pula, BN hanya memenangi 30 kerusi. Bukankah ini jelas menunjukkan rasuah yang dipersepsikan berlaku ketika itu turut ditolak oleh orang Melayu?