NAGOYA: Sembilan pingat emas yang diraih kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sememangnya pencapaian membanggakan, namun ia bukan tiket untuk mendabik dada kerana dua tugasan lebih besar menanti - memburu gelaran juara keseluruhan Sukan SEA 2027 di laman sendiri dan pingat emas Olimpik pertama negara di Los Angeles 2028.
Malaysia menamatkan saingan di Jepun dengan sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa, sekali gus menyamai pencapaian terbaik negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010 selain melepasi sasaran enam emas yang ditetapkan.
Pencapaian itu turut meneruskan kecemerlangan kontinjen negara di Sukan Komanwel Glasgow 2026, Ogos lalu apabila Malaysia membawa pulang lapan emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus melepasi sasaran lima emas.








