PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyasarkan untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas dalam acara sepak takraw lelaki pada Sukan SEA 2027 di Malaysia.Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kelebihan selaku tuan rumah mampu memberi suntikan kepada barisan Golden Tigers untuk meneruskan rentak kecemerlangan yang dipamerkan kebelakangan ini, termasuk pada Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun."Tahun depan Sukan SEA di dalam negara, sudah pasti satu cabaran yang besar buat kita sebagai tuan rumah, terutamanya untuk mengekalkan kejuaraan."Namun kita percaya bermain di laman sendiri dengan penonton yang ramai nanti, akan memberikan nilai tambah yang besar untuk kita cuba mendapatkan sebanyak mungkin pingat emas di Sukan SEA pada tahun depan," katanya.Beliau ditemui media sempena pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) 2026 di Kuala Lumpur pada malam Selasa.Malaysia sebelum ini melakar kejayaan sensasi membawa pulang dua emas dari Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara regu berpasukan lelaki dan regu lelaki.Momentum kecemerlangan itu diteruskan skuad negara dengan menjuarai acara regu berpasukan lelaki pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di sini pada Mei lepas, sebelum menamatkan kemarau 36 tahun untuk meraih pingat emas regu berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bulan lepas.Mohd Sumali turut mencadangkan untuk Malaysia mempertandingkan empat acara sepak takraw pada temasya sukan dwitahunan itu iaitu regu berpasukan, regu, beregu dan quadrant.Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan akhir perbincangan bersama penganjur manakala pemilihan pemain akan turut dinilai berdasarkan prestasi dan kesesuaian mereka.Dalam usaha meningkatkan peluang meraih emas, beliau berkata, Malaysia juga perlu memberi perhatian lebih kepada acara quadrant yang kini semakin menjadi tumpuan negara pesaing seperti Indonesia dan Myanmar.Katanya pemilihan pemain yang sesuai serta aspek taktikal dan strategi perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan Malaysia mampu memberikan saingan dalam acara berkenaan.Sukan SEA 2027 akan berlangsung di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bermula 18 hingga 29 September. - Bernama.
PSM sasar sebanyak mungkin emas Sukan SEA 2027

Key points
- PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyasarkan untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas dalam acara sepak takraw lelaki pada Sukan SEA 2027 di Malaysia.
- Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kelebihan selaku tuan rumah mampu memberi suntikan kepada barisan Golden Tigers untuk meneruskan rentak kecemerlangan yang dipamerkan kebelakangan ini, termasuk pada Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
- Malaysia sebelum ini melakar kejayaan sensasi membawa pulang dua emas dari Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara regu berpasukan lelaki dan regu lelaki.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Emas Sukan Asia paling bermakna buat Amirul
- Berita Harian PSM sasar 'bolot' emas sepak takraw Sukan SEA 2027
- Harian Metro PSM sasar sebanyak mungkin emas Sukan SEA 2027
- Sinar Harian PSM sasar sebanyak mungkin emas Sukan SEA 2027 (this story)









