KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini bahawa dia tidak pernah membaca buku catatan atau diari anaknya yang kandungannya menjurus kepada mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.Noraidah Lamat, 46, berkata, penulisan Zara Qairina sejak di sekolah rendah lebih cenderung kepada persahabatan dan rakan-rakan."Tidak pernah, penulisannya semasa dari sekolah rendah lebih cenderung kepada kawan-kawan, persahabatan," katanya ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina.Noraidah turut memberitahu bahawa anaknya mempunyai lima buku catatan, namun buku berkenaan bukan diari dan akhirnya dibuang selepas tidak lagi digunakan."Bila dia sudah tidak mahu, dia letak bersepah-sepah dan akhirnya buku itu akhirnya dibuang begitu saja," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam Shahlan Jufri mengenai 15 helai kertas tulisan tangan ditemui seorang guru, Noraidah berkata, dia tidak pernah melihat kertas berkenaan ketika Zara Qairina masih hidup."Tidak pernah, saya tidak pernah melihat. Saya cuma tahu apabila peguam memberikan kepada saya," katanya.Noraidah mengesahkan dia membaca kandungan 15 helai kertas berkenaan selepas menerimanya.Shahlan kemudian bertanya sama ada Zara Qairina pernah menulis kata-kata seperti yang terdapat dalam 15 helai kertas itu dalam mana-mana buku catatan atau diarinya, termasuk tulisan yang memaki Noraidah.Ditanya sama ada dia mempercayai Zara Qairina menulis kata-kata makian seperti yang terkandung dalam 15 helai kertas berkenaan, Noraidah berkata, dia tidak mempercayainya kerana tulisan itu tidak menggambarkan karakter anaknya."Saya tidak percaya, saya tidak percaya sebab kalau anak saya mahu marah, mahu marah berhabis sekalipun, tidak sama dengan dia punya karakter."Karakternya ceria, baru lepas saya marah dia sudah berbaik dengan saya. Kami akan seperti biasa. Zara bukan saja anak, tetapi seperti sahabat dengan saya. Jadi apa pun tulisan, apa pun maki cakap di tulisan itu, bagi saya Zara tetap seorang anak yang baik dan ceria," katanya.Menurutnya, setiap kali ditegur, Zara Qairina hanya akan berdiam diri dan merajuk seketika sebelum kembali bercakap dengannya seperti biasa."Saya mengenali Zara ini, kalau saya tegur dia, dia cuma akan diam dan merajuk sambil menulis, itu pun tidak lama selepas lebih kurang 30 minit dia akan datang semula kepada saya 'mak, oh mak', dia bercakap semula dengan saya."Jadi apa pun penulisan di dalam buku ini bagi sayalah, sebab bila saya lihat selepas saya marahi dia masih lagi manja dengan saya, dia masih lagi baik dengan saya, masih lagi tunjuk-tunjuk TikTok dengan saya. Jadi bagi saya dia cuma melepaskan perasaannya ketika yang saya marahi tu," katanya.Ketika ditanya sama ada Zara Qairina pernah memberitahunya bahawa dia mahu mati, Noraidah menjawab tidak pernah.Noraidah turut menafikan Zara Qairina pernah memberitahunya mahu membunuh diri atau mencederakan diri, selain berkata dia tidak pernah melihat anaknya cuba mencederakan dirinya sendiri."Tidak pernah," katanya bagi kedua-dua soalan tersebut.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat

Key takeaways
Ibu Zara Qairina menafikan anaknya pernah menulis kandungan mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.
- Noraidah tidak pernah membaca buku catatan atau diari Zara yang mengandung kandungan mencederakan diri.
- Zara memiliki lima buku catatan yang dibuang setelah tidak digunakan.
- Noraidah tidak pernah melihat 15 helai kertas tulisan tangan yang ditemui guru sebelumnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Zara Qairina mengaku pernah cuba vape - Ibu
- Utusan Malaysia Zara Qairina pernah mengadu dibuli – Ibu mangsa
- Sinar Harian Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat (this story)








