KEJAYAAN skuad sepak takraw negara meraih pingat emas dan perak pada Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini membuktikan pembangunan sukan itu berada pada landasan tepat.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkembangan berkenaan dilihat semakin positif apabila prestasi sepak takraw negara terus meningkat tanpa menunjukkan kemerosotan.Beliau berkata, penganjuran Liga Sepak Takraw (STL) 2026 yang memasuki edisi ke-12 menjadi antara platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu dari peringkat akar umbi.Menurutnya, pembangunan sesebuah sukan perlu bermula dari bawah dengan menyediakan pertandingan yang mampu memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pemain."Jadi kita lihat pembangunan atlet atau pembangunan sesebuah sukan itu perlu bermula daripada akar umbi itu sendiri."Tidak lain tidak bukan bagaimana kita ingin mencungkil bakat baharu itu adalah dengan penganjuran program-program seperti ini," katanya sempena pelancaran kejohanan itu di Kuala Lumpur pada malam Selasa.Mohammed Taufiq turut menghargai komitmen Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam aspek pembangunan jurulatih, kebajikan atlet serta usaha memperkukuh sukan berkenaan.Katanya, kejayaan sepak takraw negara bukan hanya bergantung kepada atlet, sebaliknya memerlukan kerjasama persatuan, kerajaan dan semua pihak yang terbabit dalam pembangunan sukan."Kejayaan menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas pada Sukan Asia, mengakhiri kemarau 34 tahun di Sukan SEA 2025 serta kejayaan pada Piala Dunia Sepak Takraw menunjukkan momentum positif yang perlu dikekalkan," katanya.Beliau juga berpuas hati dengan perkembangan sepak takraw negara yang disifatkannya terus meningkat dan berharap momentum berkenaan dapat dikekalkan."Saya harap kepimpinan PSM di bawah Datuk Mohd Sumali Reduan akan terus maju untuk masa akan datang khususnya bagi menghadapi Sukan SEA 2027, yang mana kita menjadi tuan rumah," katanya.Beliau berharap PSM terus memperkukuh pembangunan sepak takraw negara bagi memastikan sukan itu terus menyumbang kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia.
STL pacu pembangunan sepak takraw akar umbi

Key takeaways
Kementerian Belia dan Sukan menyokong pembangunan sepak takraw melalui Liga Sepak Takraw (STL) 2026 untuk mencungkil bakat baharu.
- Kemajuan sepak takraw negara menunjukkan prestasi yang meningkat.
- STL 2026 menjadi platform penting untuk mencari bakat dari peringkat akar umbi.
- Kerjasama antara persatuan, kerajaan dan pihak lain diperlukan untuk kejayaan sukan ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Melabur pembangunan guru boleh pacu industri prasekolah
- Berita Harian PSM sasar 'bolot' emas sepak takraw Sukan SEA 2027
- Sinar Harian STL pacu pembangunan sepak takraw akar umbi (this story)








