Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan itu ditarik balik selepas peguam Khairul Azam Abdul Aziz berkata beliau diarah untuk tidak meneruskan permohonan itu.

KUALA LUMPUR: Empat undang termasuk yang dipertikai menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi memaksa menteri besar menandatangani proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Hakim Mahkamah Tinggi Norliza Othman membenarkan permohonan itu ditarik balik selepas peguam Khairul Azam Abdul Aziz berkata beliau diarahkan untuk tidak meneruskan permohonan berkenaan.

Norliza turut menghalang mereka – yang mendakwa sebagai Undang Sungei Ujong, Rembau dan Jelebu yang sah serta Undang Johol – daripada memfailkan permohonan baharu mengenai perkara yang sama.