KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan peruntukan tambahan RM200,000 bagi pembinaan jejantas pejalan kaki dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari merentasi rizab Sungai Bunus untuk memudahkan penduduk menggunakan laluan yang lebih selamat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, projek berkenaan akan bermula bulan ini dan dijangka siap Disember ini.
"Sebanyak RM200,000 peruntukan tambahan disediakan untuk PPR Wangsa Sari bagi menambah kemudahan jejantas pejalan kaki merentangi Sungai Bunus.
"Ini bagi memudahkan penduduk Wangsa Sari ke taman. Kita juga akan lihat berapa banyak parkir tambahan yang boleh disediakan di kawasan taman berkenaan," katanya di PPR Wangsa Sari di sini, hari ini.









