KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas pada awalnya menyangka anaknya hanya ditumbuk menantu, sebelum menyedari kejadian itu kelmarin sebenarnya lebih serius selepas melihat darah di lantai dapur.
Zabidah, 78, berkata ketika kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok, jam 8.40 malam ketika beliau berada di rumah bersama anak perempuan berusia 44 tahun serta dua cucu berusia 12 dan tiga tahun.
Suspek secara tiba-tiba merempuh pintu jeriji dapur dan cuba memasuki rumah walaupun dihalang anaknya.
"Anak saya cuba menghalangnya daripada masuk ke dapur tetapi gagal. Lelaki itu terus meluru ke arahnya sambil membuat ugutan.
"Saya yang berada di belakang anak cuba memegang bahagian belakang baju suspek untuk menghentikannya, namun tidak berjaya.






