KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan hanya akan menyerap elemen yang baik dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan tiada kesan bertindih serta berganda dalam sistem percukaian negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata kerajaan kekal melaksanakan SST kerana ia sistem lebih mudah difahami dan mempunyai sejarah pelaksanaan lebih 50 tahun.

Pada masa sama katanya, kerajaan sudah melaksanakan sistem e-Invois, yang meningkatkan lagi kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara.

"Ramai mencadangkan GST kerana sistem ini diamalkan negara lain. GST atau Cukai Nilai Tambah (VAT) bermula di Perancis pada 1954 dan ketika itu, tiada e-Invois.