harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gelandangan yang juga orang kurang upaya (OKU) buta mengaku menggunakan wang hasil mengemis di sekitar ibu negara untuk membeli dadah hampir setiap hari.

Lelaki berusia 46 tahun itu antara 86 gelandangan yang ditemukan menerusi Operasi KL Strike Force Bagi Aktiviti Orang Papa dan Kanak-Kanak di ibu negara malam tadi.

Ketika disoal, dia mengaku mengambil dadah pagi semalam dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan perkara itu.

Pemeriksaan fizikal yang dijalankan terhadap lelaki itu turut menemukan bungkusan kecil mengandungi dadah, malah gelandangan terbabit mampu mengenal pasti jenis dadah hanya melalui sentuhan.