KUALA LUMPUR: Seorang gelandangan buta mengaku menggunakan wang hasil mengemis di sekitar ibu negara untuk membeli dadah hampir setiap hari.

Lelaki berusia 46 tahun itu antara 86 gelandangan yang ditemukan menerusi Operasi KL Strike Force Bagi Aktiviti Orang Papa dan Kanak-Kanak di ibu negara lewat malam tadi.

Ketika disoal, dia mengaku mengambil dadah pagi semalam, dan ujian air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan perkara itu.

Pemeriksaan fizikal turut menemukan bungkusan kecil mengandungi dadah, malah gelandangan terbabit mampu mengenal pasti jenis dadah hanya melalui sentuhan.

"Sehari minta sedekah boleh dapat RM70, RM80 paling tinggi RM100. Saya guna dalam RM30 sehari beli 'barang', boleh kata setiap hari hisap, sekali sehari, ada kawan tolong masa nak hisap.