LONDON: Stok minyak yang disimpan dan boleh diakses pasaran global semakin berkurangan, kata beberapa eksekutif industri pada satu forum di London minggu ini.
Keadaan itu menjadikan pasaran semakin tidak stabil serta memberi tekanan kepada harga minyak untuk meningkat.
Kerajaan dan syarikat tenaga telah mengeluarkan minyak daripada stok simpanan bagi mengurangkan tekanan dalam pasaran minyak global yang berdepan gangguan bekalan luar biasa tahun ini susulan perang di Asia Barat dan Ukraine.
"Kurang daripada enam bilion tong inventori komersial masih berbaki hari ini dengan sebahagian besarnya secara praktikal tidak boleh digunakan.
"Ini menyebabkan sistem sudah berada di bawah tekanan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco, Amin Nasser pada Energy Intelligence Forum di London.






