PARIS: Lebih 80 peratus daripada stok minyak kecemasan yang dijanjikan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Mac lalu sudah dikeluarkan, kata ketua agensi itu.
Menurut kenyataan Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol, kira-kira 325 juta tong daripada daripada 400 juta tong setakat ini sudah dikeluarkan.
Menurut Birol, pasaran tenaga terus berdepan tekanan ketara susulan krisis di Selat Hormuz, khususnya dalam bekalan diesel.
Serangan Ukraine terhadap kilang penapisan minyak Russia turut meningkatkan tekanan terhadap pasaran diesel, menyebabkan bekalan semakin terhad dan harga meningkat, menurut kenyataan agensi itu.
Pada Mac lalu, IEA bersetuju mengeluarkan 400 juta tong minyak daripada rizab kecemasan bagi mengimbangi gangguan bekalan berkaitan perang di Asia Barat yang disifatkannya sebagai pengeluaran rizab minyak terbesar secara bersepadu dalam sejarah agensi itu.










