KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum menurun kemudiannya, didorong oleh aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 3.68 mata kepada 1,629.67 daripada 1,633.35 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 0.19 mata kepada 1,633.54.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 221 berbanding 180 manakala 306 kaunter tidak berubah, 2,083 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 327.37 juta unit bernilai RM150.56 juta.