Lagos, Nigeria: Suasana di sebuah kawasan di Kompleks Pameran Dagangan Lagos bertukar kecoh apabila seorang lelaki dikenali sebagai Moses dipaksa menari di hadapan orang ramai selepas ditahan kerana disyaki mencuri telefon bimbit, lapor Sunday PUNCH.

Moses berdiri di tengah-tengah orang ramai sambil memegang telefon bimbit yang dirampas daripadanya manakala suara marah, ejekan dan gelak ketawa kedengaran berselang-seli.

Dia kemudian dipaksa menari, malah orang ramai menuntutnya memberikan persembahan terbaik sambil mengancam akan memukul dan menyerahkannya kepada polis sekiranya enggan menurut arahan.

Setiap langkah tariannya disambut sorakan dan gelak tawa yang semakin kuat manakala sebahagian daripada orang ramai tidak melepaskan peluang merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.