BUENOS AIRES: Lionel Messi menutup tirai karier antarabangsa bersama Argentina dengan penuh emosi apabila mengakui keputusan untuk tidak lagi menyarung jersi negara itu amat menyakitkan.

Dalam penampilan terakhirnya bersama skuad Albiceleste, pemain berusia 39 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan ketika Argentina menewaskan Benin 3-0 di Stadium Monumental, sebentar tadi.

Perlawanan itu menjadi penampilan ke-208 dan terakhir Messi di pentas antarabangsa selepas lebih dua dekad mewarnai sejarah bola sepak Argentina.

Selepas wisel penamat, Messi tampil di hadapan penyokong yang memenuhi Stadium Monumental untuk menyampaikan ucapan perpisahan dalam suasana penuh emosi.

"Menjadi satu kebanggaan besar buat saya untuk memakai jersi ini," kata Messi kepada penyokong Argentina.