KYIV: Ukraine mendakwa sejumlah serangan jarak jauh yang dilancarkannya telah melumpuhkan lebih separuh daripada kapasiti pemprosesan minyak Russia, sekali gus menjejaskan keupayaan Moscow untuk membekalkan bahan api.
Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan terbaharu ke atas kilang penapis minyak di beberapa bandar utama termasuk Moscow, Yaroslavl, Ust-Luga, Perm, Saratov dan Syzran telah menjejaskan 51 peratus daripada keseluruhan kapasiti pemprosesan minyak Russia.
Moscow dan Kyiv dilapor semakin kerap melancarkan serangan udara selepas pertempuran di barisan depan sejauh 1,200 kilometer kini semakin menemui jalan buntu dalam perang yang kini berlanjutan selama empat setengah tahun.








