am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sembilan tahun berlalu, namun luka kehilangan anak akibat buli tidak pernah sembuh bagi bapa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Bagi keluarganya, setiap berita mengenai kes buli yang berlaku di sekolah atau institusi pengajian bukan sekadar berita, sebaliknya kembali menghidupkan rasa kehilangan yang tidak mungkin digantikan.
Bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idrus berkata, keluarganya tidak mahu lagi tragedi yang menimpa anaknya berulang kepada keluarga lain.
"Sudah cukup apa yang kami lalui. Kami tidak mahu ibu bapa lain rasa apa yang kami rasa.









