KUALA LUMPUR: Pengecualian sementara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada sebarang kenaikan baharu gaji minimum wajar dipertimbangkan bagi memberi ruang kepada perniagaan kecil menyesuaikan struktur kos tanpa menjejaskan peluang pekerjaan.

Penganalisis bebas, Nazri Hamdan, berkata langkah itu penting mengambil kira kedudukan kewangan PMKS yang berbeza berbanding syarikat besar, selain peranan penting sektor berkenaan dalam ekonomi dan pasaran pekerjaan negara.

Beliau berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), PMKS menyumbang 39.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menyediakan 48.7 peratus daripada keseluruhan pekerjaan pada 2025.

"Ini bermakna, jika kos gaji meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan perniagaan kecil terpaksa mengecilkan operasi atau ditutup, kesannya berpotensi membabitkan ramai pekerja.