puterialia@hmetro.com.my

Shah Alam: Pelakon, Tracie Sinidol mengakui pernah menerima sindiran mengenai cara percakapannya yang bertutur menggunakan dialek Sabah.

Bagaimanapun, Tracie, 25, memilih untuk tidak melatah dan mengambil setiap teguran dengan hati terbuka demi memperbaiki diri.

"Saya pernah jugalah (terkena sindiran), tetapi kita ambil baik, buang yang keruh. Kalau betul teguran dia itu membantu kita untuk improve (perbaiki diri), kita ambil.

"Kalau rasa macam melebih-lebih, just let it go (lepaskan sahaja). For me, it's just as simple as that (bagi saya, ia semudah itu). Kadang-kadang ia bergantung pada cara kita bertindak balas," katanya ketika ditemui Harian Metro.