KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung kematian anaknya itu.Noraidah dijadualkan tampil sebagai saksi ke-82 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang bersambung jam 9 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan anak tirinya, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di mahkamah sama.ARTIKEL BERKAITAN: Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiriKakak tiri Zara Qairina dakwa ada pihak cuba pengaruhi keterangannyaKeterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya tinggal bersama Noraidah selama kira-kira tujuh bulan dan dakwaannya pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak, pakar serta individu yang mempunyai kaitan dengan remaja berkenaan.Noraidah diwakili pasukan peguam iaitu Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Inkues dikendalikan pasukan pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi pelajar A yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), di sini.
Ibu Zara Qairina tiba di Mahkamah Koroner, dijangka beri keterangan kematian anak

Key takeaways
Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner untuk memberikan keterangan tentang kematian anaknya, Zara Qairina.
- Noraidah akan jadi saksi ke-82 dalam prosiding inkues kematian Zara.
- Anak tirinya, Malianah, telah memberikan keterangan sebelumnya.
- Peguam dari pelbagai pihak hadir dalam prosiding ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Kapal bawa 1,476 tahanan dijangka tiba di Myanmar esok
- Free Malaysia Today Inkues Zara Qairina: Koroner, peguam lawat lokasi kejadian
- Malaysiakini (BM) Saya tertekan tinggal bersama ibu Zara Qairina - kakak tiri
- Sinar Harian Ibu Zara Qairina tiba di Mahkamah Koroner, dijangka beri keterangan kematian anak (this story)







