KUANTAN - Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburuPelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - JiranPelajar maut dibunuh: JPPKK serah siasatan kepada polisSusulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut. - Bernama
Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburu

Key takeaways
Polis siasat kes seorang pelajar wanita maut dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya kerana cemburu.
- Polis ambil keterangan tiga individu termasuk rakan serumah mangsa.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Mangsa dan suspek diketahui selama lebih kurang setahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Sinar Harian Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburu (this story)








