KUANTAN – Seorang warga emas nyaris maut selepas rumah kediamannya di Felda Keratong 04, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, musnah dalam kejadian kebakaran pada petang Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 6.32 petang itu, mangsa berusia 69 tahun bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi."Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berukuran kira-kira 40 x 60 kaki dengan anggaran kemusnahan sebanyak 85 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera sebelum disambungkan kepada aliran hos sepanjang 200 kaki yang mendapat sumber air daripada pili bomba berhampiran.Menurutnya, pasukan bomba turut menggunakan peralatan Foam Making Branch (FMB) bagi mengawal dan memadamkan kebakaran yang melibatkan timbunan tayar di dalam stor bersebelahan rumah berkenaan."Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Warga emas nyaris maut, rumah terbakar 85 peratus

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 69 tahun nyaris maut selepas rumahnya terbakar 85 peratus di Pahang.
- Warga emas berjaya menyelamatkan diri tanpa cedera.
- Pihak bomba menggunakan aliran salur bantu dan peralatan FMB untuk padamkan api.
- Kebakaran melibatkan rumah jenis kekal dan timbunan tayar di stor berhampiran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Warga emas nyaris maut, rumah terbakar 85 peratus (this story)






