HULU SELANGOR - Kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset pertahanan negara tidak lagi akan diberikan kepada syarikat asing kecuali membabitkan keperluan masa dan waranti.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini terdapat 18 syarikat asing dari pelbagai negara yang masih melaksanakan kerja MRO untuk Kementerian Pertahanan.Menurutnya, kontrak MRO terbabit bernilai antara RM100 juta hingga RM1 bilion dan sudah tiba masanya peluang berkenaan diberikan kepada syarikat tempatan."Semua kerja-kerja MRO, melainkan yang melibatkan masa dan waranti, kita tidak akan berikan lagi kepada syarikat asing."Sekarang ini ada 18 syarikat asing yang masih melaksanakan MRO, kita beri penekanan, kita tidak akan sambung, kena cari jalan sama ada bekerjasama dengan syarikat tempatan ataupun bangunkan syarikat tempatan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke syarikat pertahanan tempatan, High Point Worldwide Sdn Bhd, di sini pada Rabu.Mohamed Khaled berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada syarikat luar selain membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan."Kalau kita tidak lakukan ini, kita banyak rugi, pertama, kita akan terus bergantung kepada negara-negara lain, nak beli skru pun beli daripada luar negara."Kita ada banyak universiti teknikal dan graduan dengan kemahiran tinggi, jadi, apabila kita lakukan ini, semua ini akan ada kesan-kesan spin-off daripada usaha kita," katanya.Menurutnya, Kementerian Pertahanan turut menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus komponen tempatan bagi sesetengah perolehan aset pertahanan.Katanya, pendekatan sama turut diberi perhatian dalam bidang teknologi maklumat (IT) bagi memastikan kos yang dibayar kepada syarikat benar-benar mencerminkan penggunaan tenaga kerja dan komponen tempatan."Kita nak tahu pecahan, dalam banyak hal, kalau IT itu pekerjanya orang tempatan, tetapi bila masuk tender, seolah-olah gaji pekerja itu macam dibayar dalam dolar Amerika atau Euro, padahal dalam Ringgit Malaysia."Atas sebab itu kita tengok mengapa terlalu mahal, kita nak tahu pecahan," katanya.Mohamed Khaled berkata, langkah memperluaskan penyertaan syarikat tempatan merupakan sebahagian usaha memastikan negara mempunyai keupayaan sendiri dalam membangunkan aset dan kesiagaan pertahanan."Kita mahu negara mempunyai keupayaan untuk mempunyai aset dan kesiagaan yang baik kerana kita bekerjasama dengan syarikat tempatan," katanya.
Kerja MRO aset pertahanan tidak lagi diberi kepada syarikat asing - Khaled Nordin

Key takeaways
Kerja MRO aset pertahanan tidak lagi diberikan kepada syarikat asing, kecuali untuk keperluan masa dan waranti.
- Kementerian Pertahanan akan fokus kepada syarikat tempatan untuk kerja MRO.
- Terdapat 18 syarikat asing yang masih melaksanakan kerja MRO.
- Langkah ini bertujuan mengurangkan ketergantungan negara kepada syarikat luar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kerja MRO aset pertahanan tidak lagi diberi kepada syarikat asing - Khaled Nordin (this story)








