am@hmetro.com.my

Tumpat: Walaupun pergerakannya di atas kerusi roda terbatas, Ramlah Abdul Rahman cekal mengerah kudrat membuat pelbagai jenis kuih untuk jualan, demi menyara hidup dan membiayai pengajian anak bongsu di universiti.

Ramlah, 54, dari Kampung Bunohan, yang sudah empat tahun tidak dapat berjalan selepas menjalani pembedahan di kaki kiri akibat kencing manis, dibantu suaminya, Sudin Matsan, 63, menyediakan kuih sebelum dihantar ke dua pasar untuk dijual.

katanya, simpanan bagi persediaan untuk anaknya, Siti Noor Hidayatul Hidayah Sudin, 20, melanjutkan pengajian sudah digunakan bagi perbelanjaan perubatannya.

"Walaupun tidak dapat berjalan, kerja ini tetap diteruskan kerana hanya ini punca pencarian kami sekeluarga," katanya.