KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kutipan hasil cukai negara sehingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 9 peratus iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2025.Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan itu didorong oleh sumbangan kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST), khususnya daripada sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik."Bagi tahun 2026, pertumbuhan ekonomi Malaysia merekodkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua sebanyak 6 peratus berbanding suku pertama sebanyak 5.4 peratus, meskipun negara berdepan dengan kejutan rantaian bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia."Pencapaian suku kedua ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun 2026 sebanyak 5.7 peratus, sekali gus meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun 2026," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai negara bagi tahun semasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, Malaysia turut mencatatkan lebihan dagangan berjumlah RM84 bilion iaitu lonjakan ketara sebanyak 449.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Jelasnya, sasaran kutipan hasil cukai bagi keseluruhan tahun ini ialah RM343.1 bilion."Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai," katanya.Tambah beliau, langkah reformasi percukaian bersasar turut berperanan untuk memastikan mekanisme kutipan hasil yang lebih efektif dan menjadi asas dalam membina kepercayaan pelabur, kestabilan ekonomi serta daya saing negara pada masa akan datang.
Kutipan cukai negara naik sembilan peratus kepada RM129.6 bilion

Key points
- KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kutipan hasil cukai negara sehingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 9 peratus iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2025.
- Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai negara bagi tahun semasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.
- Jelasnya, sasaran kutipan hasil cukai bagi keseluruhan tahun ini ialah RM343.1 bilion.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Perluaskan hasil cukai, jangan naik kadar - Bank Dunia
- Utusan Malaysia Belanjawan 2027 perlu tingkat hasil cukai tanpa naik kadar
- Utusan Malaysia Kutipan hasil cukai naik 9 peratus kepada RM129.6 bilion
- Sinar Harian Kutipan cukai negara naik sembilan peratus kepada RM129.6 bilion (this story)
- Free Malaysia Today Badan pemikir gesa cukai rokok naik kepada 65 sen sebatang tahun depan








