GERIK – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 74, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, berhampiran Kampung Padang Jeri, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Waja berusia 65 tahun cedera dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan kenderaan dipandu mangsa dengan sebuah kereta Proton Persona dipandu wanita berusia 29 tahun dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 40 tahun.

“Ketika kejadian, kereta Proton Waja bergerak dari arah Kuala Kangsar menuju ke Gerik dengan Proton Persona di belakangnya manakala Toyota Hilux pula dari arah bertentangan.