GERIK - Seorang bayi antara empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 tengah hari itu, mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang bayi perempuan menaiki kereta Perodua Axia.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.56 tengah hari sebelum sepasukan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.Menurutnya, jentera tiba di lokasi pada jam 1.42 petang, kira-kira 41 kilometer dari BBP Gerik."Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori dengan dua kereta."Empat mangsa yang maut berada di dalam kereta Perodua Axia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Mohd Rais berkata, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan.Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota BBP Gerik dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).Menurutnya, operasi terkawal pada jam 2.25 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.38 petang.Katanya, pihak bomba menjalankan tindakan menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan

Key takeaways
A baby was among four people killed in a crash involving a lorry and two cars on the East-West Highway in Gerik, Perak.
- A Perodua Axia car was involved in the crash.
- Four people died in the crash, including a baby girl.
- A boy was injured in the crash.
- Rescue operations were carried out by eight firefighters and two rescue vehicles.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 2 pelajar maut nahas ke sekolah
- Utusan Malaysia Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat
- Sinar Harian Bayi perempuan antara empat maut nahas tiga kenderaan (this story)
- Utusan Malaysia Lelaki warga emas maut nahas tiga kenderaan





