PETALING JAYA – Pelakon Alif Satar meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir remaja hari ini yang tergamak melakukan jenayah sehingga meragut nyawa orang lain.

Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, menyifatkan tindakan yang dilakukan golongan muda masa kini sebagai satu petanda bahawa sebahagian masyarakat hilang pedoman hidup.

“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang. Hilang pedoman.

“Budak-budak zaman sekarang rasa jadi samseng ini ‘cool’ kot?,” katanya dalam Threads.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Cukup Indah itu melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa keluarga Allahyarham Irene Sofiya yang meninggal dunia yang dipercayai dibunuh di sekolah.