am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya satu daripada empat remaja mengalami kemurungan, tekanan mental atau gangguan emosi akibat buli.
Keadaan itu sekali gus mendorong mangsa buli untuk bertindak luar kawalan termasuk perlakuan ganas luar jangka berbeza dengan personaliti waras mereka.
Gangguan mental berkenaan turut didorong oleh insiden buli sama ada secara fizikal atau menerusi buli siber.
Kesihatan mental remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini berada pada tahap kritikal apabila disahkan mengalami kemurungan, manakala satu daripada 10 pernah cuba membunuh diri, ia menuntut tindakan segera semua pihak sebelum krisis berkenaan meragut lebih banyak nyawa generasi muda.









