PETALING JAYA: Syarikat korporat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak patut dijadikan penanda aras menentukan kadar gaji minimum, menurut kumpulan majikan dan perniagaan.
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menegaskan, perniagaan kecil berada pada tahap berbeza, sekali gus menyukarkan mereka membayar gaji lebih tinggi.
Penasihat Kanan MEF, Syed Hussain Syed Husman, berkata GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berada pada kedudukan amat berbeza dari segi kebolehuntungan, produktiviti, dan keupayaan menyerap kos gaji.






