am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini untuk memberi keterangan pada inkues kematian anaknya.

Noraidah yang memakai baju kurung dan pelitup muka dilihat membawa poster JusticeForZara dan kelihatan tenang ditemani pasukan peguamnya.

Prosiding inkues dijalankan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Setakat semalam, seramai 81 saksi dipanggil memberi keterangan sejak prosiding inkues bermula 3 September tahun lalu.