KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat dijadualkan memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada Rabu, sebagai saksi ke-82 dalam inkues kematian anaknya itu.Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan prosiding inkues bersambung pada jam 9 pagi, dengan Noraidah dijangka tampil memberikan keterangan berhubung kematian Zara Qairina.Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan kakak tiri Zara Qairina, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di hadapan koroner.Keterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya berkaitan ibu Zara Qairina serta dakwaan beliau pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak dan pakar serta individu berkaitan dengan remaja tersebut.Noraidah diwakili pasukan peguam terdiri daripada Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Prosiding inkues dikendalikan pasukan pendakwaan negeri Sabah iaitu Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini.
Ibu Zara Qairina dijadual beri keterangan esok

Key takeaways
Noraidah Lamat akan memberi keterangan di Mahkamah Koroner esok sebagai saksi ke-82 dalam inkues kematian anaknya, Zara Qairina.
- Noraidah akan jadi saksi ke-82 dalam inkues kematian Zara Qairina.
- Malianah Mahathir, kakak tiri Zara, telah memberi keterangan sebagai saksi ke-81.
- Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri dan meninggal dunia pada 17 Julai 2022.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Saya tertekan tinggal bersama ibu Zara Qairina - kakak tiri
- Sinar Harian Ibu Zara Qairina dijadual beri keterangan esok (this story)








