KUALA LUMPUR: Seramai 10,000 tahanan warga Myanmar dihantar pulang ke negara asal mereka sejak Januari tahun ini menerusi laluan udara dan laut, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, penghantaran pulang tahanan berkenaan dilaksanakan hasil rundingan dan ikhtiar secara langsung antara Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Myanmar.
Perdana Menteri berkata penghantaran pulang tahanan warga Myanmar itu bukan sahaja membabitkan etnik Rohingya, tetapi juga membabitkan etnik Arakan, Karen dan Shan.
"Daripada jumlah itu, sebahagiannya dibawa pulang menggunakan pesawat atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri, manakala baki kira-kira 1,400 orang lagi dihantar pulang menerusi kapal tentera laut negara berkenaan baru-baru ini," katanya.









