KUALA SELANGOR - Seorang ibu dan dua anaknya maut manakala seorang lagi anak cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori 20 tan di Jalan Raja Muda Musa, di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 1.37 tengah hari itu, wanita berusia 44 tahun yang juga ibu kepada tiga mangsa kanak-kanak meninggal dunia di lokasi kejadian.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, dua anaknya iaitu remaja perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun turut maut."Seorang lagi anaknya lelaki berusia 10 tahun cedera di kepala dan berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ashrul Riezal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.37 tengah hari berhubung kemalangan membabitkan sebuah Proton Exora dan lori dengan muatan 20 tan.Menurutnya, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian."Empat mangsa dilaporkan tersepit dalam kenderaan dan anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa."Tiga beranak disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans di lokasi kejadian, manakala seorang daripada mereka cedera," jelas beliau.
Ibu maut bersama dua anak, seorang lagi parah

Key takeaways
Seorang ibu dan dua anaknya meninggal dalam kemalangan kereta dengan lori, sementara satu anak lain cedera parah.
- Ibu dan dua anak meninggal di lokasi kejadian.
- Satu anak lain cedera di kepala dan dikeluarkan orang awam.
- Kemalangan berlaku di Jalan Raja Muda Musa pada jam 1.37 tengah hari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta
- Berita Harian 3 maut, seorang parah nahas babitkan MPV dan lori
- Sinar Harian Ibu maut bersama dua anak, seorang lagi parah (this story)









